Pertandingan Mobile Legend Peringkat Negeri Musim Ke 3 (E-Sport)
2 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 01 November 2025, NADI telah mengadakan Pertandingan Mobile Legend Peringkat Negeri Musim Ke 3 bertempat di NADI Batas Lintang. Sebanyak 17 NADI seluruh Perlis telah menghantar wakil kumpulan untuk pertandingan tersebut. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat komuniti dalam berusaha untuk peroleh kejayaan melalui bidang yang mereka minati tanpa membuang masa justeru menarik minat mereka dalam sukan MLBB yang boleh menghasilkan wang ringgit kepada mereka kerana MLBB juga adalah suatu kerjaya.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: